
لما توفي سيدنا سعيد بن زيد رضي الله عنه، كان سيدنا سعد بن أبي وقاص وسيدنا عبد الله بن عمر رضي الله عنهما ممن غسّله (من مجمع الزوائد، الرقم: ١٤٨٨٠ وصحيح البخاري، الرقم: ٣٩٩٠)
Apabila Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) wafat, Saidina Sa’ad bin Abi Waqqas (radhiyallahu ‘anhu) dan Saidina Abdullah bin Umar (radhiyallahu ‘anhuma) adalah antara individu yang turut serta memandikan jenazah beliau. (Majmauz Zawaaid #14880, Saheeh Bukhaari #3990)
Saidina Sa’ad bin Abi Waqqas (radhiyallahu ‘anhu) Turut Serta Memandikan Jenazah Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu)
Apabila Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) wafat, Saidina Sa’ad bin Abi Waqqas (radhiyallahu ‘anhu) dan Saidina Abdullah bin Umar (radhiyallahu ‘anhuma) adalah antara individu yang turut serta memandikan jenazah beliau.
Setelah selesai dimandikan, jenazah beliau diusung oleh orang ramai dari Aqeeq ke Madinah Munawwarah untuk dikebumikan di Baqi’, iaitu tanah perkuburan Madinah Munawwarah. Apabila usungan jenazah itu lalu di hadapan rumah Saidina Sa’ad (radhiyallahu ‘anhu), beliau (Saidina Sa’ad) masuk ke dalam rumahnya seketika untuk mandi dengan segera sebelum menyertai orang ramai bagi urusan pengebumian.
Sebelum meninggalkan rumahnya, beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Aku bukannya mandi kerana aku telah turut serta memandikan jenazah Sa’eed (radhiyallahu ‘anhu). Sebaliknya, aku mandi hanyalah disebabkan oleh cuaca yang panas.” (Majmauz Zawaaid #14880)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya