عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى علي عشرا صلى الله عليه مئة ومن صلى علي مئة صلى الله عليه ألفا ومن زاد صبابة وشوقا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة (أخرجه أبو موسى المديني بسند قال الشيخ مغلطاى: لا بأس به، كذا في القول البديع صـ 236)
Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) telah bersabda , ” Barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak sepuluh kali, Allah Ta’ala akan berselawat ke atasnya sebanyak seratus kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak seratus kali, Allah Ta’ala akan berselawat ke atasnya sebanyak seribu kali, dan barangsiapa yang menambah (selawat ke atasku) kerana cinta (akan aku) dan semangat( untuk mendapatkan ganjaran), maka aku akan memberi syafaat untuknya dan bersaksi untuknya pada hari Qiyamat.”
Asbab mendapat syafaat Nabi (sallallahu alaihi wasallam)
Saidina Qutb Al-halabi (rahimahullah) telah berkata:
Pada satu hari Aku telah berjumpa dengan Abu Ishaq, Ibrahim bin Ali bin Atiyyah At-Taleedami (rahimahullah). Dia berkata kepadaku, “Aku telah dikurniakan dengan melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi. Ketika melihat baginda, aku berkata kepadanya, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Aku meminta mu untuk memberi syafaat untukku pada hari qiyamat!” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Perbanyakkanlah pembacaan selawat ke atasku.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] القول البديع صـ 267