100 hajat ditunaikan

عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي في كل يوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة سبعين منها لآخرته و ثلاثين منها لدنياه (أخرجه ابن منده وقال الحافظ أبو موسى المديني: إنه غريب حسن، كذا في القول البديع صـ 277)

Saidina Jaabir (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak seratus kali setiap hari, Allah Ta’ala akan menunaikan 100 hajatnya, 70 di akhirat dan 30 di dunia.

Cinta Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) kepada ummatnya

Telah direkodkan di dalam “Mawahib Ladunniyah” daripada “Tafseer Qushairy” bahawa pada hari qiyamat, seorang mukmin akan muncul dengan sedikit amal soleh.Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan hadir,dan meletakkan secebis kertas yang saiznya sebesar hujung jari pada sebelah amal baik.Kesannya, timbangan amal baik itu akan menjadi lebih berat daripada amal buruk.

Melihat begitu, orang beriman itu akan berkata, ” Semoga ibu dan ayahku dikorbankan untukmu, siapakah kamu? Betapa indahnya rupa parasmu , dan betapa mulianya kelakuanmu! Rasulullah sallallahu alaihi wasallam akan menjawab, “Sesungguhya aku adalah nabimu.Benda yang aku letakkan pada timbanganmu itu adalah selawat dan salam yang engkau selalu bacakan ke atasku semasa hidupmu. Sekarang aku telah datang untuk membantu dan menolongmu di masa yang kamu perlukan”.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] شرح الزرقاني على المواهب 12/359

Semak juga

Sumber Cahaya pada Hari Kiamat

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زينوا …