Semua Keperluan Dunia Dan Akhirat Akan Ditunaikan

عن محمد بن يحيى بن حبان عن أبيه عن جده حبان بن منقذ أن رجلا قال: يا رسول الله أجعل ثلث صلاتي عليك قال: نعم إن شئت قال: الثلثين قال: نعم قال: فصلاتي كلها قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذن يكفيك الله ما أهمك من أمر دنياك وآخرتك (المعجم الكبير للطبراني، الرقم: 3574، وإسناده حسن كما في الترغيب والترهيب للمنذري، الرقم: 2578)

Saidina Habban bin Munqiz (rahimahullah) meriwayatkan bahawa seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), ” Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), patutkah aku tumpukan satu pertiga daripada masaku yang telah aku khaskan untuk berdoa kepada bacaan selawat ke atasmu?” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab, “Ya, jika kamu mahu.” Kemudian sahabat itu bertanya, ” Patutkah aku tumpukan dua pertiga daripada masa tersebut untuk membaca selawat ke atasmu?” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sekali lagi menjawab, ” Ya, jika kamu mahu.” Kemudian sahabat itu bertanya lagi, “Patutkah aku tumpukan kesemua masa itu untuk membaca selawat ke atasmu?” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab, ” Jikalau kamu berbuat begitu, Allah Ta’ala akan mencukupkan untukmu setiap keperluan yang kamu ada (dan apa yang akan kamu minta di dalam doa kamu), sama ada ianya berkenaan dengan dunia kamu ataupun Akhirat kamu.”

Cahaya Selawat Ke Atas Nabi (sallallahu alaihi wasallam)

Saidina Abul Qasim Marwazi (rahimahullah) menceritakan:

Ayahku dan aku selalu belajar hadis pada waktu malam.Telah dilihat didalam mimpi bahawa tempat dimana kami duduk, satu cahaya yang terang telah muncul yang mana ia memancar terus ke langit. Kemudian, seseorang bertanya tentang apakah pancaran cahaya ini.Telah diterangkan bahawa ini adalah cahaya selawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) yang kedua-dua orang alim ini telah bacakan ketika mereka mempelajari hadis-hadis.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] القربة لابن بشكوال صـ 122، القول البديع صـ 491

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …