Sumber Cahaya pada Hari Kiamat

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زينوا مجالسكم بالصلاة علي فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة (الفردوس بمأثور الخطاب، الرقم: ٣٣٣٠، وإسناده ضعيف كما في القول البديع صـ 278)

Saidina Ibnu Umar (radhiallahu anhuma) meriwayatkan bahawa rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Hiasilah majlis kamu dengan bacaan selawat keatasku, kerana pada hari Kiamat, selawat itu akan menjadi nur (sumber cahaya) untukmu.”

Manfaat berselawat sebanyak 1000 kali pada hari Jumaat

Saidina Abu Abdir Rahmaan Al-murqi (rahimahullah) berkata bahawa Khallad bin Katheer (rahimahullah) berada dalam debaran maut (sakaratul maut). Di bawah bantalnya terdapat sekeping kertas tertulis:

هٰذِهِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ لِخَلَّادِ بْنِ كَثِيْرٍ

Ini adalah sijil kebebasan daripada api neraka untuk Khallad bin Katheer

Orang ramai bertanya kepada isterinya tentang sebab dia mendapat nasib baik ini. Dia menjawab bahawa ianya adalah amalannya untuk membaca selawat yang berikut seribu kali setiap hari Jumaat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ

Wahai Allah, hantarkanlah selawat ke atas Muhammad Nabi yang buta huruf.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] طبقات المحدثين بأصبهان لابن حيان 2/345

Semak juga

Tujuh Puluh Malaikat mencatat Pahala untuk Seribu Hari

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من …