Wuduk – 1

Kelebihan-Kelebihan Wuduk

1. Wuduk adalah satu penyucian daripada dosa-dosa kecil.

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده حتى تخرج من تحت أظفاره (صحيح مسلم، الرقم: 245)

Saidina Uthman (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Barangsiapa yang berwuduk, dan melakukannya dengan cara yang sempurna, dosa-dosa (kecil)nya akan dikeluarkan ( dan dihapuskan) daripada badannya sehingga ianya akan terjatuh daripada bawah kuku-kukunya.”

2. Wuduk akan menyebabkan anggota-anggota wuduk bercahaya dengan cahaya yang istimewa pada hari Kiamat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتى المقبرة فقال: السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون وددت أنا قد رأينا إخواننا قالوا: أولسنا إخوانك يا رسول الله! قال: أنتم أصحابي وإخواننا الذين لم يأتوا بعد قالوا: كيف تعرف من لم يأت بعد من أمتك يا رسول الله! قال: أرأيت لو أن رجلا له خيل غر محجلة بين ظهري خيل دهم بهم ألا يعرف خيله قالوا: بلى يا رسول الله! قال: فإنهم يأتون غرا محجلين من الوضوء وأنا فرطهم على الحوض (صحيح مسلم، الرقم: 249)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah memasuki kawasan perkuburan dan membaca doa berikut:

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُوْنَ

“Wahai (penghuni) tempat berehatnya orang-orang beriman, semoga ketenangan turun ke atasmu daripada Allah Ta’ala, insha Allah kami akan bertemu denganmu.”

Lalu Saidina Nabi (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Aku berharap aku dapat bertemu dengan saudara saudara kami.” Para Sahabat (radhiallahu anhum) bertanya, “Bukankah kami para saudaramu, Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)?” Saidina Nabi (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Kamu semua adalah sahabat sahabatku (maksudnya kamu mempunyai martabah yang lebih tinggi daripada ummat yang lain. Kamu adalah para Sahabaku dan kamu juga dikurniakan dengan persahabatanku). Sahabat sahabatku adalah orang orang yang belum lagi datang ke dunia ini lagi (maksudnya mereka masih lagi dilahirkan dan muncul di dunia selepas kewafatanku).” Para sahabat bertanya lebih lanjut, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), bagaimana enkau akan mengenali pengikut pengikut enkau yang akan datang selepas enkau?” Saidina Nabi (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Jika seseorang mempunyai kuda hitam dengan dahi dan kaki yang putih dan mereka bercampur dengan kuda yang hitam sepenuhnya, adakah dia tidak akan mengenali kudanya sendiri daripada mereka?” Para sahabat (radhiallahu anhum) menjawab, “Dia akan suadah pastinya mengenali mereka, Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).” Saidina Nabi (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Mereka (pengikut pengikutku) akan datang pada hari Qiamat dengan dahi dahi mereka dan angota badan mereka bercahaya dengan cahaya yang khas atas sebab mereka mengambil Wudhu untuk solat (dan ianya melalui tanda inilah aku akan mengenali mereka daripada yang lain) dan aku akan mendahului mereka (sampai ke Akhirat) dan aku akan memberi mereka aiar pada hawdh kauwthar (ketiaka mereka akan berjumpa denganku pada hari Qiamat).”

3. Mengekalkan diri dalam kedaan berwudhuk adalah tanda seorang mukmin sejati.

عن ثوبان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: استقيموا ولن تحصوا واعلموا أن خير أعمالكم الصلاة ولا يحافظ على الوضوء إلا مؤمن (سنن ابن ماجة، الرقم: 277)[1]

Saidina Thawbaan (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan istiqamah dalam semua perkara, walaupun kamu tidak akan berjaya melakukannya dengan sepenuhnya, dan ingatlah bahawa amalan yang paling mulia adalah solat, dan menjaga wudhuk adalah satu tanda seorang mukmin sejati (maksudnya, mengambil Wudhuk yang lengkap dan sempurna dan mengekalkan diri dalam keadaan berwudhuk pada setiap masa adalah satu tanda seorang mukmin sejati).”

4. Orang yang meninggal dunia dalam keadaan mempunyai wudhuk akan dianugerahkan dengan darjat orang yang mati syahid.

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا بني إن استطعت أن لا تزال على وضوء فإنه من يأتيه الموت وهو على وضوء يعطى الشهادة (مجمع الزوائد، الرقم: 1470)[2]

Saidina Anas bin Malik (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Wahai anakku yang tercinta! Jika engkau mampu untuk terus berada dalam keadaan berwudhuk (maka berbuatlah sedemikian), kerana orang yang mati dalam keadaan berwuduk akan diberikan darjat orang yang mati syahid.”

5. Orang yang berwudhuk dengan sempurna akan melindungi dirinya sendiri daripada syaitan, sepertimana orang-orang yang menjaga sempadan Islam melindungi orang-orang Islam daripada musuh-musuh Islam.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ألا أدلكم على ما يمحو الله به الخطايا ويرفع به الدرجات قالوا: بلى يا رسول الله قال: إسباغ الوضوء على المكاره وكثرة الخطا إلى المساجد وانتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط (صحيح مسلم، الرقم: 251)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pernah bertanya kepada para Sahabat (radhiallahu anhum), ” Patutkah aku memberitahu kalian tentang satu amalan yang mana Allah Ta’ala akan menghapuskan dosa-dosamu dan mengangkat darjatmu kerananya?” Sahabat (radhiallahu anhum) menjawab, “Beritahulah kami, wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)!” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Menunaikan wudhuk dengan sempurna walaupun payah, mengambil banyak langkah untuk berjalan ke masjid dan menunggu solat yang berikutnya selepas satu solat ditunaikan. Amalan-amalan ini menyerupai amalan orang-orang yang melindungi sempadan Islam daripada musuh-musuh Islam (dengan amalan-amalan ini, seseorang itu akan melindungi dirinya sendiri daripada nafsu yang jahat dan syaitan, seperti orang-orang yang menjaga sempadan melindungi orang-orang Islam daripada musuh-musuh Islam).”


[1] قال البوصيري: رجال إسناده ثقات أثبات إلا أن فيه انقطاعا بين سالم وثوبان ولكن أخرجه الدارمي وابن حبان في صحيحه من طريق ثوبان متصلا (زوائد ابن ماجة 1/102)

[2] قال الهيثمي: رواه أبو يعلى والطبراني في الصغير وزاد يا بني إذا خرجت من بيتك فلا يقعن بصرك على أحد من أهل القبلة إلا ظننت أنه له الفضل عليك يا بني إن ذلك من سنتي ومن أحيا سنتي فقد أحبني ومن أحبني كان معي في الجنة وفيه محمد بن الحسن بن أبي يزيد وهو ضعيف

قال البوصيري: علي بن زيد بن جدعان ضعيف لكن لم ينفرد به علي بن زيد فقد رواه أحمد بن منيع ثنا يؤيد أبنا العلاء أبو محمد الثقفي سمعت أنس بن مالك … فذكره وسيأتي لفظه في آخر كتاب المواعظ إن شاء الله روى الترمذي قطعة منه في الصلاة وأخرى في العلم من طريق أعلي بن زيد (إتحاف الخيرة المهرة، الرقم: 540)

Semak juga

Azan dan Iqamat – 2

Kelebihan para Muadhin Azan adalah antara simbol-simbol yang menonjol dalam agama Islam. Islam telah memberikan …