Selawat akan Direkodkan dan Dipelihara dalam Lembaran-Lembaran Cahaya

عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله ملائكة خلقوا من النور لا يهبطون إلا ليلة الجمعة ويوم الجمعة بأيديهم أقلام من ذهب ودويّ من فضّة وقراطيس من نور لا يكتبون إلا الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم  (أخرجه الديلمي وسنده ضعيف كما في القول البديع صـــ 398)

Saidina Ali (radhiallahu anhu), melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Allah Ta’ala mempunyai sekumpulan malaikat yang diciptakan daripada cahaya. Malaikat-malaikat ini tidak turun (ke bumi) kecuali pada malam dan siang Jumaat. Di tangan mereka ada pena-pena emas, bekas tinta perak dan gulungan lembaran cahaya. Mereka tidak mencatat apa-apa (dalam gulungan lembaran mereka) selain selawat yang dibacakan kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).

Kisah Sayyid Ahmad Rifa’ee (rahimahullah)

Sayyid Ahamad Rifa’ie (rahimahullah) adalah salah seorang wali yang terkemuka. Pada tahun 555 selepas hijrah, beliau berangkat bagi mengerjakan haji. Selepas itu, beliau menziarahi Madinah Munawwarah, dan ketika berdiri di hadapan kubur Rasulullah صَلَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‎ beliau membaca bait-bait berikut:

فِيْ حَالَةِ الْبُعْدِ رُوْحِيْ كُنْتُ أُرْسِلُهَا

تُقَبِّلُ الْأَرْضَ عَنِّيْ فَهِيَ نَائِبَتِيْ

Dari jauh kepada-Mu aku mengutus jiwaku

bagi pihakku untuk menyambutmu di tempat perhentianmu

وَهٰذِهِ نَوْبَةُ الْأَشْبَاحِ قَدْ حَضَرَتْ

فَامْدُدْ يَمِيْنَكَ كَيْ تَحْظٰى بِهَا شَفَتِيْ

Di sini, wahai Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam), adalah tubuhku untuk memberi salam kepadamu

Hulurkanlah tanganmu agar bibirku dapat menciummu

Selepas membaca bait-bait ini, tangan Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam) keluar daripada kubur, dan dengan disaksikan oleh lebih kurang 90000 orang pelawat, Sayyid Ahmad Rifa’ie (rahimahullah) menciumnya. Mereka semua beruntung kerana dapat menyaksikan tangan Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam), dan di kalangan mereka adalah Shaikh Abdul Qadir Jailani (rahimahullah).[1]

يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] الحاوي للفتاوي 2/314، فضائل مدينة صـ 131

Semak juga

Lebih baik daripada membebaskan hamba sahaya

عن أبي بكر رضي الله عنه قال: الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم أمحق …