Azan dan Iqamat – 2

Kelebihan para Muadhin

Azan adalah antara simbol-simbol yang menonjol dalam agama Islam. Islam telah memberikan kemuliaan yang besar kepada semua orang yang melaungkan azan, mengajak manusia kepada solat. Pada hari kiamat, manusia akan mengagumi orang-orang yang selalu melaungkan azan di dunia kerana kedudukan mereka yang terhormat dan kedudukan yang tinggi di akhirat. Banyak Hadith menonjolkan keutamaan yang besar dan ganjaran yang besar untuk mereka yang melaungkan azan.

1. Muadhin akan mendapat kedudukan yang mulia pada hari kiamat.

عن معاوية رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة (صحيح مسلم، الرقم: 387)

Saidina Mu’awiyah (radhiallahu anhu) melaporkan, “Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Sesungguhnya para muadhin akan mempunyai ‘leher yang paling panjang’ pada hari kiamat.”

Dalam Hadis ini, maksud dari segi bahasa mempunyai ‘leher terpanjang’ tidak dimaksudkan. Sebaliknya, makna mempunyai ‘leher terpanjang’ ialah mereka akan menduduki kedudukan terhormat yang berbeza.

2. Para muadhin akan berada di atas gunung kasturi pada Hari Kiamat.

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاثة على كثبان المسك أراه قال: يوم القيامة يغبطهم الأولون والآخرون رجل ينادي بالصلوات الخمس في كل يوم وليلة ورجل يؤم قوما وهم به راضون وعبد أدى حق الله وحق مواليه (سنن الترمذي، الرقم: 2566)[1]

Saidina Abdullah bin Umar, (radhiallahu anhuma) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Tiga kelompok manusia akan berada di atas bukit kasturi pada hari kiamat, yang pertama dan yang terakhir akan mencemburui kedudukkan mereka. Golongan pertama adalah orang yang melaungkan azan setiap hari untuk solat lima waktu. Yang kedua adalah orang yang mengimamkan orang lain dalam keadaan mereka suka dengannya ( dia menunaikan fardhu solat dengan caranya yang betul). Yang ketiga adalah seorang hamba yang menunaikan hak Allah Ta’ala dan hak tuannya.”

3. Terdapat banyak ganjaran yang di simpan di Akhirat bagi mereka yang melaungkan azan.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا (صحيح البخاري، الرقم: 615)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Jika manusia tahu ganjaran yang besar untuk malaungkan azan dan menunaikan solat pada saf pertama, dan selepas itu mereka tidak dapat mencari alternatif untuk membuat keputusan siapa yang akan diberikan penghormatan itu melainkan dengan dengan cara undian,  sudah tentu mereka akan membuat undian untuk membuat keputusan.”

4. Setiap makhluk (sama ada jin, manusia atau makhluk lain) yang mendengar suara muazzin yang melaungkan azan akan menjadi saksi bagi pihaknya pada hari Qiyamat.

عن عبد الرحمن بن عبد الله بن عبد الرحمن بن أبي صعصعة الأنصاري ثم المازني عن أبيه أنه أخبره أن أبا سعيد الخدري رضي الله عنه قال له: إني أراك تحب الغنم والبادية فإذا كنت في غنمك أو باديتك فأذنت بالصلاة فارفع صوتك بالنداء فإنه لا يسمع مدى صوت المؤذن جن ولا إنس ولا شيء إلا شهد له يوم القيامة قال أبو سعيد: سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم (صحيح البخاري، الرقم: 609)

Diriwayatkan mengenai Saidina Abdullah bin Abdir Rahmaan bin Abi Sa’sa’ah (rahimahullah) bahawa pada suatu ketika, Saidina Abu Sa’eed Khudri ‎(radhiallahu anhu) berkata kepadanya, “Aku melihat bahawa‎ kamu suka tinggal bersama ternakanmu ( sambil mengembala mereka) di padang yang lapang. Apabila kamu berada dengan haiwan ternakanmu atau di padang, (dan telah masuk waktu solat) dan kamu ingin mengumandangkan azan, maka hendaklah kamu meninggikan suaramu dan mengumandangkan azan, kerana sesungguhnya jin, manusia atau makhluk lain yang mendengar suara muazzin sejauh mana ianya sampai akan menjadi saksi bagi pihaknya pada hari Qiyamat.”

Saidina Abu Sa’eed (radhiallahu anhu) berkata, “Aku mendengar ini daripada Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam).”

5. Keampunan telah diisytiharkan untuk muadhin. Begitu juga keampunan telah diberikan berkenaan dengan muadhin bahawa dia dikurniakan pahala semua orang yang bersolat kerana menyahut seruannya.

عن البراء بن عازب رضي الله عنه أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال: إن الله وملائكته يصلون على الصف المقدم والمؤذن يغفر له بمد صوته ويصدقه من سمعه من رطب ويابس وله مثل أجر من صلى معه (سنن النسائي، الرقم: 645)[2]

Saidina Baraa bin Aazib (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengurniakan rahmat khasnya kepada orang yang (melaksanakan solat) pada saf pertama dan para malaikat akan membuat doa yang khas untuk mereka. Muadhin akan mendapat keampunan daripada Allah Ta’ala sejauh mana jarak suaranya cecah (jika dia mempunyai banyak dosa sehingga jaraknya jauh dari tempat dia mengumandangkan azan hingga ke titik terjauh suaranya, semua dosa itu akan diampuni, atau untuk tempoh masa suaranya ambil untuk mencapai titik yang paling jauh, dia akan mendapat keampunan Allah Ta’ala untuk tempoh masa yang sama dalam hidupnya di mana dia melakukan dosa), dan setiap makhluk, sama ada makhluk bernyawa atau tidak, akan bersaksi bagi pihaknya (pada hari Qiamat), dan dia akan mendapat pahala kesemua orang yang menunaikan solat bersamanya (semua orang yang melaksanakan solat kerana seruannya).”

6.‎ Seorang muazzin telah diterangkan dalam Hadis sebagai dari ‎sebaik-baik hamba Allah Ta’ala.‎

عن ابن أبي أوفى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن خيار عباد الله الذين يراعون الشمس والقمر والنجوم والأظلة لذكر الله (المستدرك على الصحيحين للحاكم، الرقم: 163)[3]

Saiduna Ibnu Abi Awfaa (radhiallahu anhu)  meriwayatkan bahawa Saiduna ‎Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah ‎Ta’ala ialah mereka yang melihat (terbit dan terbenam) matahari, bulan, bintang-bintang dan (panjang) bayang-bayang untuk mengingati Allah Ta’ala (iaitu mereka menunaikan ibadah mereka pada masa yang sesuai mengikut perintah Allah Ta’ala, sambil menjejaki masa dengan memerhati matahari, bulan, bintang dan panjang bayang-bayang, seperti yang dijelaskan di dalam Hadith. Muazzin termasuk di dalam kalangan berita gembira ini kerana dia menjejaki waktu supaya dia dapat mengumandangkan azan untuk setiap solat pada waktunya yang sesuai).”

 ‎7.‎ Kebebasan dari api Neraka dijanjikan bagi orang yang mengumandangkan azan selama tujuh tahun.‎

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من أذن سبع سنين محتسبا كتبت له براءة من النار (سنن الترمذي، الرقم: 206)[4]

 Saiduna Ibnu Abbas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saiduna Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Sesiapa yang mengumandangkan azan selama tujuh tahun dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan pahala akan mendapat jaminan kebebasan dari api Neraka.”‎ ‎

8.‎ Saiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) mendoakan keampunan bagi orang yang mengumandangkan azan.‎

 عن أبى هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن اللهم أرشد الأئمة واغفر للمؤذنين (سنن أبي داود، الرقم: 517)[5]

 ‎Saiduna Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saiduna Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Imam bertanggungjawab (atas solat seluruh jamaah) dan muazzin ialah orang yang diberi amanah (iaitu dia telah diamanahkan untuk mengumandangkan azan pada waktu yang ditentukan). Wahai Allah, bimbinglah para imam ‎‎(menuju kewajipan memimpin solat dengan benar) ‎dan ampunilah para muazzin (atas kekurangan mereka).”‎

9. Ianya adalah keinginan Para Sahabat (radhiallahu anhum) untuk melaungkan azan dan mereka menginginkan anak- anak mereka juga melaungkan azan.

Berikut adalah Hadith hadith yang menggambarkan keinginan Para Sahabat (radhiallahu anhum) untuk melaungkan azan:

# Keinginan Saidina Ali (radhiallahu anhu) untuk Saidina Hasan (radhiallahu anhu) dan Saidina Husain (radhiallahu anhu) melaungkan azan:

عن علي رضي الله عنه قال: ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فيجعل الحسن والحسين مؤذنين (مجمع الزوائد، الرقم: 1836)[6]

Ianya telah diriwayatkan yang Saidina Ali (radhiallahu anhu) berkata, “Aku berasa menyesal atas sebab aku tidak meminta Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) untuk melantik kedua anakku, Hasan dan Husain (radhiallahu anhuma), sebagai muazzin untuk melaungkan azan.”

# Keinginan Sayyidina Umar (radhiallahu anhu) untuk mengumandangkan azan.

عن قيس بن أبي حازم قال: قدمنا على عمر بن الخطاب رضي الله عنه فسأل من مؤذنكم فقلنا: عبيدنا وموالينا فقال بيده: هكذا يقلبها عبيدنا وموالينا إن ذلكم بكم لنقص شديد لو أطقت الأذان مع الخلافة لأذنت (السنن الكبرى للبيهقي، الرقم: 2002)[7]

Qais bin Abi Haazim (rahimahullah) melaporkan, “Suatu hari, kami datang (ke Madinah Munawwarah) untuk menemui Umar (radhiallahu) . Semasa perbualan kami, beliau bertanya kepada kami, ‘Siapakah yang mengumandangkan azan di tempat tinggal kalian?’ Kami menjawab, ‘Kami telah melantik hamba-hamba kami untuk mengumandangkan azan.’ Umar (radhiallahu anhu) memberi isyarat dengan tangannya (dengan terkejut, mengulangi kata-kata kami) sambil berkata, ‘Kami telah melantik hamba-hamba kami untuk mengumandangkan azan.’ Beliau kemudian berkata, ‘Sesungguhnya ini adalah kekurangan besar di sisi kamu (bahawa kamu telah melantik orang-orang yang tidak berilmu dalam agama untuk mengumandangkan azan). (Azan adalah ibadah yang sangat besar dan pahalanya begitu banyak) kalaulah aku dapat melaungkan azan bersama-sama dengan menguruskan hal ehwal khilafah, sudah pasti aku akan menerima kedudukan muadhin dan mengumandangkan azan.”

   عن عمر رضي الله عنه أنه قال: لو كنت مؤذنا لكمل أمري وما باليت أن لا أنتصب لقيام ليل ولا لصيام نهار سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: اللهم اغفر للمؤذنين ثلاثا قلت: يا رسول الله! تركتنا ونحن نجتلد على الأذان بالسيوف فقال: كلا يا عمر إنه سيأتي زمان يتركون الأذان على ضعفائهم تلك لحوم حرمها الله على النار لحوم المؤذنين (كشف الخفاء، الرقم: 2118)[8]

Diriwayatkan berkenaan Sayyidina Umar (radhiallahu anhu) bahawa beliau telah berkata, “Seandainya aku dapat mengumandangkan azan (bersama-sama mengurus urusan khilafah), sudah pasti kebahagiaanku akan sempurna (Pahala azan itu sangat besar jika aku mendapat kehormatan sebagai muadhin‎ dan) jika aku tidak melakukan sebarang solat sunnat pada waktu malam (tahajjud) dan tidak pula berpuasa sunnat di siang hari, pastinya ia tidak akan menyedihkanku. Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) membuat doa istimewa untuk muadhin umat ini dengan berkata, ‘ Wahai Allah Ta’ala, ampunilah dosa-dosa muadhin!’  Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) membaca doa ini tiga kali. Dengan terkejut aku berkata, ‘Wahai Rasulullah! Kamu telah meninggikan kedudukan muadhin sehinggakan) kamu kini telah meninggalkan kami dalam keadaan‎ kami akan bersedia untuk berperang sesama kami dengan pedang kami untuk melaungkan azan. Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, ‘Tidak, wahai Umar! Akan tiba suatu masa di mana keinginan untuk melaungkan azan tidak lagi berada di dalam hati manusia, sehinggakan manusia akan bergantung pada orang yang lemah di antara mereka untuk mengumandangkan azan. Orang-orang itu (kaum muadhin) adalah orang yang mana Allah Ta’ala telah mengharamkan api Jahannam pada daging mereka, iaitu daging para muadhin.”‘


[1] قال أبو عيسى: هذا حديث حسن غريب

قال المنذري في الترغيب والترهيب (الرقم: 374): رواه أحمد والترمذي من رواية سفيان عن أبي اليقظان عن زاذان عنه وقال حديث حسن غريب قال الحافظ وأبو اليقظان واه وقد روى عنه الثقات واسمه عثمان بن قيس قاله الترمذي وقيل عثمان بن عمير وقيل عثمان بن أبي حميد وقيل غير ذلك ورواه الطبراني في الأوسط والصغير بإسناد لا بأس به ولفظه (الرقم: 375) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة لا يهولهم الفزع الأكبر ولا ينالهم الحساب هم على كثب من مسك حتى يفرغ من حساب الخلائق رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله وأم به قوما وهم به راضون وداع يدعو إلى الصلاة ابتغاء وجه الله وعبد أحسن فيما بينه وبين ربه وفيما بينه وبين مواليه ورواه في الكبير ولفظه (الرقم: 376) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال لو لم أسمعه من رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا مرة ومرة ومرة حتى عد سبع مرات لما حدثت به سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ثلاثة على كثبان المسك يوم القيامة لا يهولهم الفزع ولا يفزعون حين يفزع الناس رجل علم القرآن فقام به يطلب به وجه الله وما عنده ورجل نادى في كل يوم وليلة خمس صلوات يطلب وجه الله وما عنده ومملوك لم يمنعه رق الدنيا من طاعة ربه

[2] قال المنذري في الترغيب والترهيب (1/243): رواه أحمد والنسائي بإسناد حسن جيد

قوله بمدى صوته: وفي نسخة بمد صوته قيل: معناه بقدر صوته وحده فإن بلغ الغاية من الصوت بلغ الغاية من المغفرة وان كان صوته دون ذلك فمغفرته على قدره أو المعنى لو كان له ذنوب تملأ ما بين محله الذي يؤذن فيه إلى ما ينتهي إليه صوته لغفر له وقيل: يغفر له من الذنوب ما فعله في زمان مقدر بهذه المسافة (حاشية السندي 1/106)

[3] قال بشر بن موسى: ولم يكن هذا الحديث عند الحميدي في مسنده هذا إسناد صحيح وعبد الجبار العطار ثقة وقد احتج مسلم والبخاري بإبراهيم السكسكي وإذا صح هذه الاستقامة لم يضره توهين من أفسد إسناده وقال الذهبي في التلخيص: إسناده صحيح

[4] سكت الحافظ عن هذا الحديث في الفصل الثاني من هداية الرواة (1/318) فالحديث حسن عنده

وعن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من أذن اثنتي عشرة سنة وجبت له الجنة وكتب له بتأذينه في كل يوم ستون حسنة وبكل إقامة ثلاثون حسنة رواه ابن ماجه والدارقطني والحاكم وقال صحيح على شرط البخاري

قال الحافظ: وهو كما قال فإن عبد الله بن صالح كاتب الليث وإن كان فيه كلام فقد روى عنه البخاري في الصحيح (الترغيب والترهيب، الرقم: 385)

[5] سكت الحافظ عن هذا الحديث في الفصل الثاني من هداية الرواة (1/318) فالحديث حسن عنده

قال المنذري في الترغيب والترهيب: وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن اللهم أرشد الأئمة واغفر للمؤذنين رواه أبو داود والترمذي وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما إلا أنهما قالا: فأرشد الله الأئمة وغفر للمؤذنين ولابن خزيمة رواية كرواية أبي داود (الترغيب والترهيب، الرقم: 365)

وفي أخرى له: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: المؤذنون أمناء والأئمة ضمناء اللهم اغفر للمؤذنين وسدد الأئمة ثلاث مرات ورواه أحمد من حديث أبي أمامة بإسناد حسن (الترغيب والترهيب، الرقم: 366)

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن فأرشد الله الأئمة وعفا عن المؤذنين رواه ابن حبان في صحيحه (الترغيب والترهيب، الرقم: 367)

[6] رواه الطبراني في الأوسط وفيه الحارث وهو ضعيف

قال أبو عيسى: وقد ضعف بعض أهل العلم الحارث الأعور (سنن الترمذي، الرقم: 282)

قال العلامة ظفر أحمد التهانوي في إعلاء السنن (17/217): والحارث مختلف فيه احتج به أصحاب السنن ومنهم النسائي مع تعنته في الرجال قال الذهبي في الميزان: وحديث الحارث في السنن الأربعة والنسائي مع تعنته في الرجال فقد احتج به وقوى أمره والجمهور على توهين أمره مع روايتهم لحديثه في الأبواب هذا الشعبي يكذبه ثم يروي عنه والظاهر أنه كان يكذب في لهجته وحكايته وأما في الحديث النبوي فلا وكان من أوعية العلم قال مرة بن خالد: أنبأنا محمد بن سيرين قال: كان من أصحاب ابن مسعود خمسة يؤخذ عنهم أدركت منهم أربعة وفاتني الحارث فلم أره وكان يفضل عليهم وكان أحسنهم ويختلف في هؤلاء الثلاثة أيهم أفضل علقمة ومسروق وعبيدة وقال: عباس عن ابن معين ليس به بأس وكذا قال النسائي وعنه قال: ليس بالقوي (وهذا تليين هين) وقال عثمان الدارمي: سألت يحيى بن معين عن الحارث الأعور فقال: ثقة قال: عثمان ليس يتابع يحيى على هذا اهـ

وخلاصة الكلام في الحارث الأعور كما قال الحافظ ابن حجر في التقريب (الرقم: 1029): أن فيه ضعفا.

[7] حدثنا يزيد ووكيع قالا: حدثنا إسماعيل عن شبيل بن عوف قال: قال عمر: من مؤذنوكم قالوا: عبيدنا وموالينا قال: إن ذلك لنقص بكم كبيرا إلا أن وكيعا قال: كثير أو كبير حدثنا يزيد ووكيع عن إسماعيل قال: قال قيس: قال عمر: لو كنت أطيق الأذان مع الخليفى لأذنت (المصنف لابن أبي شيبة، الرقم: 2359 ، 2360)

سكت عليه الحافظ في التلخيص الحبير (الرقم: 313)

[8] لولا الخليفى لأذنت رواه أبو الشيخ ثم البيهقي عن عمر من قوله: ورواه سعيد بن منصور عنه أنه قال: لو أطيق مع الخليفى لأذنت ولأبي الشيخ ثم الديلمي عنه أنه قال: لو كنت مؤذنا لكمل أمري وما باليت أن لا أنتصب لقيام ليل ولا لصيام نهار سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: اللهم اغفر للمؤذنين ثلاثا قلت: يا رسول الله! تركتنا ونحن نجتلد على الأذان بالسيوف فقال: كلا يا عمر! إنه سيأتي زمان يتركون الأذان على ضعفائهم تلك لحوم حرمها الله على النار لحوم المؤذنين والخليفى بكسر المعجمة واللام المشددة والقصر الخلافة وهو وأمثاله من الأبنية الدليلى مصدر يدل على الكثرة يعني هنا لولا كثرة الاشتغال بأمر الخلافة وضبط أحوالها لأذنت (كشف الخفاء، الرقم: 2118)

Semak juga

Miswak – 3

Waktu Waktu Di mana Miswak Perlu Digunakan 1. Ketika bangun dari tidur.[1] عن عائشة رضي …