Mendapat doa khas malaikat malaikat

عن عامر بن ربيعة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال: ما من مسلم يصلي علي إلا صلت عليه الملائكة ما صلى علي فليقلَّ العبد من ذلك أو ليكثر (سنن ابن ماجة، الرقم: 907، وإسناده ضعيف كما في مصباح الزجاجة 1/112)

Saidina Aamir bin Rabee’ah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atas ku, malaikat malaikat berterusan berselawat ke atasnya (maksudnya berdoa kepadanya) selagi mana dia membaca selawat. Maka, ianya terpulang kepada seseorang untuk membuat keputusan sama ada dia ingin membaca selawat sedikit atau banyak.

Nama Nabi (sallallahu alaihi wasallam) di dalam Taurat

Allamah Sakhaawi (rahimahullah) menceritakan:

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang lelaki yang jahat dalam kalangan Bani Israel.Apabila dia meninggal dunia, orang- orang tidak menunjukkan sedikit pun rasa hormat kepadanya dan hanya membiarkan tubuhnya di atas tanah.Kemudian Allah Ta’ala menurunkan wahyu kepada Nabi Musa (alaihis salam) , ” Wahai Musa, mandikan dia dan solatlah jenazah untuknya, kerana Aku telah mengampunkan dosa dosanya dan memaafkannya.”

Nabi Musa (alaihis salam) bertanya, “Wahai Allah Ta’ala, apakah sebabnya?”. Allah Ta’ala pun menjawab, “Pada suatu ketika, dia terlihat nama Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) di dalam Taurat dan dia membaca selawat keatas Nabi (sallallahu alaihi wasallam). Disebabkan perbuatannya itu, aku telah mengampunkannya.”[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] القول البديع صـ 260

Semak juga

Pahala sadaqah melalui bacaan Selawat

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: …