Bulan Muharram

Daripada 12 bulan dalam kalendar Islam, kemurniaan khas telah diberikan kepada bulan Ramadhan dan empat bulan yang mulia ianya adalah Zul Qa’dah, Zul Hijjah, Muharram dan Rajab. Begitu juga, daripada hari hari dalam tahun Islam, hari Aashura telah diberikan kelebihan kelebihan yang khusus dan keberkatan yang banyak.

Manakala bulan Zul Hijjah telah dipilih untuk melaksanakan ibadat ibadat haji dan korban, ianya adalah bulan Muharram yang mempunyai penghormatan menjadi bulan Allah Ta’ala dan bulan yang mengandungi puasa hari Aasyura yang mulia.

Banyak kelebihan kelebihan dan keberkatan dapat dijangkakan daripada keinginan yang mana Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah sabdakan dalam menunggu kedatangannya. Saidina Abdullah bin Abbas (radhiallahu) meriwayatkan, “Aku tidak melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menunggu puasa pada mana mana hari yang mulia dengan lebih keinginan daripada (puasa) hari Aasyura.” (Saheeh Bukhari #2006)

Sunnah Dan Adab Di Bulan Muharram

1.Seseorang itu haruslah mempelajari dan membaca doa yang sunnat di permulaan bulan Muharram. Doa yang sunnat adalah:

اَللّٰهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ وَرِضْوَانٍ مِّنَ الرَّحْمٰنِ وَجِوَارٍ مِّنَ الشَّيْطَان

Wahai Allah! Biarlah ia (bulan yang baru ini atau tahun baru) datang kepada kami dengan keselamatan, Iman ,kesejahteraan, Islam, keredhaan daripada Rahmaan (Allah Ta’ala) dan perlindungan daripada syaitan. (Al- Mu’jamul Awsat #6241)

2. Seseorang itu hendaklah memperbanyakkan amalan baik di dalam bulan Muharram, kerana bulan Muharram adalah salah satu bulan daripada empat bulan yang suci, dan ganjaran pahala amal baik yang dilakukan di dalam bulan-bulan ini akan digandakan. (Lataaiful Maarif, m/s 222)

3. Seseorang itu hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan dosa di bulan ini, kerana dosa juga akan digandakan di dalam bulan-bulan suci.

4. Seseorang itu haruslah menjauhkan diri daripada menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain, bergaduh ataupun berbalah di dalam bulan ini, kerana perbuatan- perbuatan ini akan menyebabkan seseorang itu terhalang daripada keberkatan bulan ini.

5. Seseorang itu haruslah mencuba untuk berpuasa di bulan Muharram. Untuk setiap hari yang dia puasa di bulan Muharram, dia akan memperoleh pahala berpuasa untuk sepanjang bulan. (Al- Mu’jamus Sagheer #963)

6. Hari kesepuluh Muharram adalah Hari Aasyura. Berpuasa pada hari ini adalah salah satu daripada sunnah sunnah Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) yang agung. Pahala untuk berpuasa pada hari ini adalah dosa dosa kecil seseorang itu pada tahun lalu akan diampunkan. (Saheeh Muslim #1162)

7. Bersama dengan berpuasa pada hari kesepuluh Muharram, seseorang juga haruslah berpuasa sehari sebelum atau sehari selepas (maksudnya hari yang kesembilan dan kesepuluh atau kesepuluh dan kesebelas Muharram). Ianya untuk menentang Yahudi yahudi yang hanya berpuasa satu hari pada Hari Aasyura. (Baihaqi [S.K] #8406)

8. Waktu Aasyura mengajar kita satu pengajaran yang penting – pengajaran untuk mengekalkan identiti Islam kita pada setiap masa dengan kuat dan menjauhkan diri daripada meniru orang orang kafir dengan sepenuhnya dalam adat mereka. Oleh sebab itu, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah mengarahkan ummat untuk berpuasa 2 hari (maksudnya hari yang kesembilan dan kesepuluh atau kesepuluh dan kesebelas) untuk menentang orang orang yahudi.

Apabila Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah menunjukkan ketidaksukaan yang sebegitu bagi ummat Baginda kepada penyerupaan orang orang yahudi dari segi berpuasa (yang mana ianya adalah satu ibadat), maka seseorang itu boleh bayangkan dengan baik betapa bencinya Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) jika ummat Baginda mencontohi kuffar dalam adat mereka, pakaian dan aspek lain dalam kehidupan mereka.

9. Pada hari Aasyura, seseorang itu perlulah menjadi lebih pemurah dalam memberi makan kepada ahli keluarganya dan berbelanja untuk mereka. Hadis menerangkan bahawa orang yang berbelanja untuk ahli keluarganya dengan pemurah sekali pada hari ini, Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya rezeki yang banyak untuk sepanjang tahun. (Shuabul Imaan #3515)

10. Seseorang itu haruslah mengelakkan diri daripada terlibat dalam amalan- amalan dan adat-adat yang tidak berasas yang sesetengah orang lakukan pada hari ke sepuluh bulan Muharram seperti berkabung di atas kesyahidan Saidina Husain (radhiallahu anhu) sepertimana yang dilakukan oleh orang Syiah.

Nota: Perlulah diingat bahawa kesyahidan Saidina Husain (radhiallahu anhu) yang mengerikan tanpa ada keraguan merupakan salah satu kejadian yang tragis dan memilukan hati yang berlaku di dalam cacatan sejarah. Akan tetapi, hari Aasyura dan kelebihan-kelebihannya tidak digabungkan dengan kesyahidan Saidina Husain (radhiallahu anhu). Sebaliknya, Aayhura telah dapat kelebihan dan keberuntungannya sebelum kelahiran Saidina Husain (radhiallahu anhu) lagi. Makanya, adat berkabung di atas kesyahidan Saidina Husain (radhiallahu anhu) sepertimana yang dilakukan oleh orang Syiah, tiada asas atau asal usul di dalam Islam.

Semak juga

Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah …