Sunnah Dan Adab Berwuduk – 8

Cara mengambil wuduk yang sunnat

1. Buat khilal (melalukan tangan yang basah melalui janggut). Khilal janggut perlulah dibuat dengan melalukan tangan yang basah melalui janggut daripada bawah (daripada bawah dagu). Ianya lebih bagus bagi seseorang untuk mengambil air yang baru untuk khilal janggut. Khilal adalah sunnat bagi seseorang yang mempunyai janggut yang tebal yang menyebabkan kulit dibawah janggut tidak kelihatan. Jikalau janggut itu nipis dan kulit dibawah janggut itu kelihatan, maka di situasi begini, khilal janggut tidak perlu dibuat. Sebaliknya, apabila membasuh muka, ianya adalah wajib untuk menyampaikan air ke kulit muka.[1]

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا توضأ أخذ كفا من ماء فأدخله تحت حنكه فخلل به لحيته وقال: هكذا أمرني ربي (سنن أبي داود، الرقم: 145)[2]

Saidina Anas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa ketika Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) berwuduk, baginda akan mengambil segenggam air dan meletakkannya dibawah dagu baginda untuk membuat khilal janggut baginda, dan Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Tuhanku memerintahkanku (untuk membuat khilal janggut) dengan cara sebegini.”

2. Ambil air dengan kedua-dua tangan dan basuh tangan kanan termasuk siku sebanyak tiga kali. Kemudian, ambil air dengan kedua-dua tangan dan basuh tangan kiri termasuk siku sebanyak tiga kali. Adalah sunnat untuk memulakan basuhan tangan daripada jari jemari ke siku. Jika seseorang itu basuh tangan daripada siku turun ke jari jemari, basuhan tersebut akan tetap sah, cuma ini adalah bertentangan dengan cara sunnah membasuh tangan.[3]

عن عبد الله بن زيد بن عاصم المازني ثم الأنصاري رضي الله عنه أنه رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ … ثم غسل وجهه ثلاثا ويده اليمنى ثلاثا والأخرى ثلاثا (صحيح مسلم، الرقم: 236)

Saidina Abdullah bin Zaid bin Asim (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa beliau melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) berwudhuk….(Semasa berwudhuk,) Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) membasuh muka baginda sebanyak tiga kali. Kemudiannya, baginda membasuh tangan kanannya tiga kali dan kemudiannya tangan kiri sebanyak tiga kali.


[1] قال المصنف رحمه الله: (فان كان ملتحيا نظرت فان كانت لحيته خفيفة لاتستر البشرة وجب غسل الشعر والبشرة للآية وان كانت كثيفة تستر البشرة وجب افاضة الماء على الشعر لان المواجهة تقع به ولا يجب غسل ما تحته … والمستحب أن يخلل لحيته …) … اللحية الكثيفة يجب غسل ظاهرها بلا خلاف ولا يجب غسل باطنها ولا البشرة تحته هذا هو المذهب الصحيح المشهور الذي نص عليه الشافعي رحمه الله وقطع به جمهور الأصحاب في الطرق كلها … قد ذكرنا أن التخليل سنة ولم يذكر الجمهور كيفيته وقال السرخسي: يخللها بأصابعه من أسفلها قال: ولو أخذ للتخليل ماء آخر كان أحسن (المجموع شرح المهذب 1 /205-207)

[2] سكت عنه هو ثم المنذري بعده (مختصر سنن أبي داود 1/85)

سكت الحافظ عن هذا الحديث في الفصل الثاني من هداية الرواة (1/221) فالحديث حسن عنده

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يخلل لحيته (سنن الترمذي، الرقم: 31 ، وقال: هذا حديث حسن صحيح)

[3] (الثالث) من الفروض (غسل يديه) من كفيه وذراعيه للآية والإجماع (مغني المحتاج 1/156)

قال أبو القاسم الصيمري وصاحبه الماوردي في الحاوي: يستحب أن يبدأ في غسل يديه من أطراف أصابعه فيجري الماء على يده ويدير كفه الأخرى عليها مجريا للماء بها إلى مرفقه ولا يكتفي بجريان الماء بطبعه (المجموع شرح المهذب 1/217)

Semak juga

Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah …